Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtu
Kepada Semua Yang Dirahmati Allah
” Sempena Ma’al Hijrah 1431H, marilah kita bersama-sama momohon kepada Allah agar umur kita, amal ibadat kita, rezeki kita, hidup dan mati kita sentiasa dalam peliharaan-NYA dan memohon agar kita dijadikan sebagai insan yang bertaqwa dan soleh. Amin.”
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.